Monday, 19 August 2019

sukan dalam kehidupan menurut islam



                                     بسم الله الرحمن الرحيم     

Soalan Tugasan;
Secara individu, pelajar dikehendaki menghasilkan satu blog yang berkaitan dengan salah satu daripada bidang berikut : sosial, sejarah, keusahawanan, pendidikan atau teknologi.  Kandungan maklumat yang berinformasi berkaitan bidang yang dipilih dan grafik yang sesuai perlu dimasukkan dengan menggunakan kemahiran TMK melalui aplikasi perisian komputer bagi menjadikan blog itu menarik.


Pengenalan


   Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana telah mengizinkan saya membuat tugasan yang diberikan kepada saya. Tajuk yang saya pilih ialah sukan dalam kehidupan manusia. Tajuk ini saya khususkan kepada para pelajar di luar sana termasuklah diri saya sendiri. Menurut kamus dewan, bersukan bermaksud bergiat dalam sukan. Hakikatnya bersukan banyak mendatangkan manfaat dalam kehidupan seseorang. Namun, perkara yang menyedihkan ialah ada segelintir kelompok yang tidak menyukai sukan bahkan melarang para remaja bersukan dengan alasan mengganggu pembelajaran pelajar. Sebagaiman yang diketahui ramai, pepatah arab ada berkata  
Related image
"العقل السليم في الجسم السليم" yang bermaksud akal yang sihat berada pada tubuh yang sihat, maka jelaslah disini menunjukkan bahawa bersukan bukan suatu perkara yang sia-sia bahkan mendatangkan manfaat dan impak yang besar kepada seseorang termasuklah menghindarkan diri daripada penyakit seperti diabetis, obesiti dan sebagainya.









Sukan dalam Islam

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam :
اَلْـمُؤْمِنُ الْقَـوِيُّ خَـيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَـى اللهِ مِنَ الْـمُؤْمِنِ الضَّعِيْفِ وَفِـيْ كُـلٍّ خَـيْـرٌ
Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allâh daripada Mukmin yang lemah; dan pada keduanya ada kebaikan. 
Hadis diatas menerangkan bahawa mukmin yang kuat lebih dicintai oleh Allah subhanahu wataala. Dalam konteks ibadah, mukmin yang kuat secara zahirnya tidak terhalang untuk melakukan amal ibadat kerana tidak mempunyai sebarang penyakit yang menghalang seseorang itu daripada menunaikan ibadat kepada allah. Maka jelaslah bahawa badan yang kuat mampu menunaikan kedua-dua tugas agama dan dunia.
Dalam hadith, Rasulullah SAW memerintahkan kita dengan bersabda " Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda." ini ialah seruan jelas bersukan menunjukkan islam meletakkan kepentingan bersukan di samping menjadikan badan mereka sihat dan cergas.
Image result for sukan dalam islam
Bekas ketua jawatankuasa Fatwa Al-Azhar ( Sheikh attiyah saqr ) beliau telah menghuraikan secara terperinci tentang sukan dan adabnya: 
"sejak zaman silam, manusia telah mencipta pelbagai jenis latihan fizikal dan mencipta pelbagai jenis sukan untuk menjadikan badan mereka kuat, dengan setiap jenisnya mempunyai cara-cara an matlamat yang tertentu. satu bangsa sebati dengan pergaduhan dan perperangan. sukan seperti angkat berat, memanah dan beladiri menjadi kelaziman sedangkan berenang menjadi sukan utama bagi orang yang tinggal di tepi pantai laut. Di semenanjung Arab, manusia suka berburu dan menunggang kuda disebabkan keadaan mereka yang selalu mengembara dan berpindah randah."
Adab bersukan dalam islam:
Image result for sukan dalam islam
setiap tingkah laku mempuyai adab yang tersendiri begitu juga dalam bersukan. Tujuan islam menggalakkan bersukan ialah untuk menyedarkan seseorang itu berfikir tentang kehebatan allah yang menciptakan manusia sebagai sebaik-baik ciptaan
firman allah taala ;
لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ فِيٓ أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٖ  ٤ [ الـتين:4-4]

maksudnya: sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaan)
Semasa bersukan, manusia dapat memerhatikan betapa fleksibelnya badan manusia jika dibandingkan dengan robot yang diciptakan oleh manusia yang mempunyai batas pergerakan.Dalam bersukan, islam menekankan kepentingan latihan spritual dan moral yang sepatutnya seiring dengan latihan fizikal supaya mencapai matlamat yang dihajati.
Dalam permainan, pemain mahupun penyokong haruslah mengelakkan daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini contohnya keganasan dan bermegah-megah. menang dalam sesuatu perlawanan tidak menghalalkan kita untuk menghina pihak lawan yang kalah, tetapi sukan merupakan jalan untuk meningkatkan kasih sayang serta mengeratkan tali silaturrahim sesama kita. Pihak yang kalah pula tidak boleh menyimpan dendam dan hasad dengki terhadap pihak lawan yang menang agar tidak  berlaku sebarang permusuhan.

Ini mengingatkan kita akan peristiwa apabila seekor unta milik seorang badwi mengalahkan unta betina Rasulullah yang sentiasa menang dalam perlumbaan, Muslim berduka-cita. Mengulas hal itu, Rasulullah (SAW) bersabda: “Allah SWT telah menetapkan tiada apa-apa yang kekal menang (bermaksud setiap situasi ada naik dan turun dan tiada keadaan yang kekal).” Rasulullah (SAW), membuat kenyataan ini untuk mententeramkan perasaan mereka yang rasa kekalahan untanya satu hakikat yang sukar diterima.

 Dalam pertandingan, seorang Muslim sejati tidak lupa adab terhadap pihak lawan dengan memberikan layanan yang baik. Mengenepikan adab dalam pertandingan dan perlawanan ialah salah satu daripada sifat munafik, Rasulullah (SAW) bersabda: “Terdapat empat sifat jika ditemui pada seseorang, dia seorang yang betul-betul munafik. Jika salah satunya ditemui pada seseorang, ia memberikan dia satu sifat munafik sampai dia meninggalkannya: jika diamanahkan dengan sesuatu, dia pecah amanah, jika bercakap, dia berbohong, jika berjanji, dia tidak tunaikan dan jika dia bertengkar dengan seseorang, dia melampau-lampau (menggunakan kata-kata kesat dan perbuatan buruk.)”

Panduan bersukan dalam islam:

1) Seseorang Muslim tidak sepatutnya lalai dan leka dengan sukan sehingga meninggalkan kewajipannya sebagai seorang muslim.

2) Seorang muslim hendaklah menutup aurat dengan sempurna tidak kira semasa bersukan mahupun ke kuliah.

3)Islam tidak membenarkan pertandingan atau permainan yang melibatkan kedua-dua jantina, dengan cara membuka jalan hawa nafsu, syahwat dan keruntuhan akhlak.

4)Perasaan fanatik membabi-buta dalam menyokong atau menentang satu pasukan adalah tidak dibenarkan dalam Islam, perkara ini benar-benar bercanggah dengan ajaran Islam yang menyeru kepada perpaduan dan kasih-sayang. 

5)Islam menolak semua permainan dan sukan yang mendorong rangsangan seksual dan menggalakkan kejatuhan moral seperti wanita berlatih menari dan ditontoni oleh orang ramai.


kesimpulan

Setiap manusia tanpa mengira umur, pangkat dan taraf kesihatan haruslah sedar tentang kepentingan bersukan dalam kehidupan seharian, khususnya kepada seorang pelajar.Apabila seseorang pelajar itu bersukan, mereka akan lebih mudah menerima pelajaran. Hal ini kerana apabila mereka bersukan, otak mereka akan mereka akan menjadi lebih cerdas dan dapat menerima pelajaran mereka dengan baik. Pelajar-pelajar ini boleh melakukan aktiviti bersukan dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang ada di sekolah seterusnya dapat menambahkan lagi pelbagai jenis pengetahuan mengenai sukan. 








pergi pasar menjual selipar
selipar dibeli oleh hanan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan

Sekian dari saya, Assalamualaikum w.b.t.





No comments:

Post a Comment